Saya dapat dari BH hari ni dan menarik untuk dikongsi bersama.
Bagi memastikan kita terus istiqamah melakukan amal kebaikan dan menjaga kesinambungan amal ibadah hendaklah:
1. Menjaga
dan menitikberatkan perkara fardu serta menyegerakan qada ibadah untuk
memperoleh redha Allah SWT.
2. Sentiasa
memohon pertolongan daripada Allah SWT dengan sungguh hati supaya diberikan
hidayah dan keteguhan iman secara berterusan.
3. Sentiasa
melakukan ibadah sunat walaupun dalam kuantiti yang sedikit dan membaca ayat
suci al-Qur’an secara berterusan.
4. Sentiasa
berzikir kepada Allah SWT dan sentiasa beristighfar.
5. Menghadiri
majlis ilmu selain berusaha mengenali serta menghayati sejarah hidup Rasulullah,
sahabat dan tokoh ilmuwan Islam.
6. Sentiasa
berusaha menjauhkan diri daripada perkara mungkar.
7. Segera bertaubat.
Mudah-mudahan dengan melakukan
amalan secara istiqamah menjadikan kita insan yang lebih bertakwa.
Rosmidzatul Azila Mat Yamin
BH-14 Ogos 2014
Sejak dua tiga menjak ni saya dah tak istiqamah dalam ibadah saya. Harap2 lepas ni saya ditetapkan hati supaya lebih istiqamah dalam melakukannya. In sha Allah. Terima kasih kepada penulis mohon izin saya kongsi di sini.
No comments:
Post a Comment