Di sini saya nak kongsikan satu doa yang diajar oleh
Usatazah Suraya dalam kelas agama wanita jumaat (15/11/13) baru ni.
Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah dan telah
melahirkannya dengan menanggung susah payah. Sedang tempoh mengandungnya
berserta dengan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa tiga puluh bulan.
Setelah dia besar sampai ke peringkat dewasa yang sempurna kekuatannya dan
sampai ke peringkat umur empat puluh tahun, berdoalah dia dengan berkata:
“Wahai
Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau
kurniakan kepadaku dan kepada kedua ibubapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan
amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk
ke dalam jiwa zuriat keturunanku.
Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari
orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu)”.
Sedikit penjelasan tentang doa di atas,
- Sebelum umur 40 bermacam-macam pahit manis kehidupan dah kita lalui, maka umur 40 dikira umur matang atau dah masuk golongan tua. Allah sebutkan tentang umur 40 ni dalam Surah Al-Ahqaf, ayat ke-15.
- Ustazah kata bila baca doa ni seolah-olah kita melapor diri pada Allah, bila dah masuk umur 40 kena la perbaiki diri dan dekatkan diri lagi pada Allah, jadi manusia yang lebih baik. Jangan kuat marah, merungut, selalu bersyukur, senyum dan sabar.
- Ustazah siap pesan suh hafal doa ni awal2 dan tulis kat mana2 bagi ingat, bila dah masuk umur 40 jangan lupa baca doa ni. Kalau dah lebih 40 tahun pun boleh baca masih belum terlewat, selalulah baca doa ni lepas solat.
No comments:
Post a Comment