26 April 2013

Pengenalan

Assalamualaikum,

Waduh, tajuk macam nak buat buku jer kaedahnya. hihihi.....
Jangan salah faham, saya belum terfikir lagi nak buat buat manuskrip ke buku ke. Nak conteng kat blog ni pun tak der masa dan idea apatah lagi nak buat buku. ;-)

Kat sini, saya cuma nak berkongsi ilmu2 yang saya dapat untuk peringatan saya sendiri dan untuk dikongsi. Dari mana ilmu tu? Banyak sumber yer teman2. Sama ada dalam kelas agama kat surau opis saya ni, bila dengar radio dalam kereta, tengok tv kat rumah, bersembang2 dengan kawan2. Apa sahaja ilmu yang boleh dimanafaatkan bersama, In Sha Allah akan saya titipkan kat sini. Saya fikir, tulis di blog lagi mudah untuk kita sebarkan ilmu yang bermanafaat, sekarang kan zaman teknologi, ramai dah celik IT. Untuk orang yang pendiam macam saya ni blog adalah saluran yang sesuai untuk tambah saham akhirat saya. In Sha Allah.

Oh, lupa pula saya, seperti di profail saya, saya dalam proses "masih mencari dan terus mencari". Maka saya bukan orang yang arif  dalam bab2 agama. Kat kelas saya cuma tulis point2 saja. Jadi kat sini pun point2 jugak la eik. Kalo perlu pencerahan baik rujuk pada yang lebih arif.

Cukup setakat ni saja untuk entry pengenalan. Daaahhh. :-)



Peringatan untuk diri saya sendiri sebenarnya, yang baik kita amalkan, yang tak baik kita tinggalkan. ;-)

No comments:

Post a Comment